Saturday, 31 January 2009

3 PERPISAHAN !!!!!

Perpisahan 1

Saya sepatutnya post entri ni semalam tapi sibuk sikit. Malam juga sibuk kerana gi Stadium Bakri Rais. Nak dengar ucapan MB Perak Ir Nizar dan YB Nasaruddin yang kononnya berhijrah parti. Tapi MB Perak tak datang dan ucapan YB Nasaruddin pun tak banyak perkara yang disentuhnya. YB Nasa mengucapkan perpisahannya dengan UMNO dan berhijrah menyertai KeADILan. Tapi daripada ucapannya saya tak nampak kesungguhnya. Tapi entahlah .
Saya rakyat biasa yang datang kerana nak tahu perkembangan semasa secara 'direct'. Tak salah rasanya saya pergi stadium tu kan ? Janganlah sampai ada pihak yang terlampau sempit siasah politiknya sehingga menimbulkan polemik.

Tapi saya balik awal masa YB Anwar Ibrahim berucap, sebab niat saya hanya nak dengar ucapan MB dan YB Nasa saja.

Perpisahan 2

Rakyat Gaza terpaksa mengalami perpisahan yang amat memilukan. Kalau kita, kita berpisah dan mengeluarkan air mata dengan mak ayah dan adik beradik hanya setakat berjauhan dan kematian biasa. Itu normal. Tapi rakyat Palestin khususnya di Gaza mengalami perpisahan yang amat memilukan. Ceramah Pn Hashimah pada pagi Jumaat, 30 Januari 09 dari Aman Palestin sangat menyentuh qalbu. " Air Mata Palestin " terjadi kerana perpisahan yang dipaksa, direntap, dihina, disiksa dan segala yang memedihkan. Yahudi Israel semuanya dari budak kecil sampai orang tua semua laknat ! Laknat ! Laknat ! Laknat! Semoga ALlah melaknat mereka.

Rakyat Gaza di bunuh, disembelih, diletupkan tanpa belas kasihan. Anak-anak meratapi kematian emak ayah. Meratapi kematian insan yang disayangi. Berpisah segalanya. Harta, keamanan, hak sosial, hak bersuara, diragut dari mereka.

Serangan darat , laut dan udara tanpa henti. Kejam ! Tanpa mengira kanak-kanak, orang tua, wanita, masjid , rumah, dsbnya bom dan roket dilancar dengan ganasnya. Tanpa senjata dan hanya batu-batu rakyat Palestin Gaza meneruskan jihad. Tanpa bantuan jiran Arab Islam yang lain Palestin terus tabah. Pemimpin Arab lain jadi kuda kayu tunggangan Amerika dan Israel.

"Ya, Allah, hati aku benar-benar tersentuh. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa aku, dosa kaum muslimin dan muslimat, agar dosa kami tidak menjadi hijab dan halangan terhadap rahmatMU kepada kami. Ya Allah, menangkan Islam dan hancurkan Yahudi dan Nasrani. Pecah belahkan pakatan mereka. Engkaulah penolong yang paling berkuasa."

Semoga Allah memenangkan Islam dan mujahidin Palestin. Islam pasti menang !

Ingat isu Palestin bukan hanya isu sebuah negara tapi isu maruah kita ummat Islam ! Teruskan berdoa dan qunut nazilah. Buatlah sumbangan semampu mungkin. Boikot jangan lupa !!

Perpisahan 3

Jumaat, 30 Januari juga merupakan majlis perpisahan buat En. Saidin bin Osman, Pengetua Cemerlang DG 52 yang bertukar ke SMK Gunung Rapat. Beliau hanya sempat berkhidmat di SMK DARY selama 577 hari sahaja. Banyak juga hadiah yang disampaikan kepada beliau daripada pelajar-pelajar.

Antara yang beliau sentuh dalam ucapannya ialah tentang kesedaran bahawa kita semua adalah pemimpin. Pemimpin mengikut bidang tugas masing-masing. Ketua kelas, AJK Kelas, pengawas, ketua pengawas, ketua umum, guru biasa, penolong kanan, dsbnya semua mempunyai peranan. Semua kena mainkan peranan masing-masing.

Beliau juga menekankan 'SMKDARIAN' boleh lebih cemerlang jika ( antaranya) pelajarnya tidak lompat pagar, tiada kegiatan merokok, tidur dalam kelas dan berbagai perbuatan negatif yang lain. Fikir-fikirkan lah .

Semoga beliau terus maju jaya !

No comments: