Bismillahirrahmaanirrahiim….
Seinfiniti kesyukuran kpd Pemilik Nyawaku, kerana setiap hari2 yg kulalui adalah dalam suasana yang aman damai, nikmat ketenangan.
Apa khabar saudaraku di sana?Saat ini aku tidak dapat membayangkan perasaan kalian, yg masing2 dihimpit ketakutan, pasrah dalam ujian Allah yg dtg lagi, buat golongan yang benar2 layak dan hebat seperti kalian, golongan mujahid dan mujahidah.
Jika semalam , bumi Palestin menyaksikan lagi percikan darah mangsa2 kekejaman Israel,hari ini tiada siapa yg tahu apa lagi musibah yang bakal menanti.Intifadha baru telah ditiup, dan aku pasti kalian tidak akan menyerah, kerana darah yg mengalir sekian lama dalam jasad kalian adalah darah pejuang,.
Buat saudara-saudaraku, kami di sini hanya mampu mengirimkan doa bagi mengiringi perjuangan kalian.Semoga Qunut Nazilah menguatkan lagi perjuangan kalian di bumi Palestin, mengiringi roh jihad yang mencengkam kuat dalam segenap jasad insan bakal bergelar syuhada’.Bersabarlah wahai saudaraku, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat bagi orang-orang yang beriman dan berjuang di jalanNya
Sedikit info utk dikongsi berkenaan QUNUT NAZILAH.
Definisi-
Qunut: “Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri.” (Fathul Bari 2/490.) Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani
Nazilah: Malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.
Hukum-
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi’i rahimahullah berkata:
“Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib.” (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:
“Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya.” (Al-Mughni 1/450).Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
“Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu riwayat Bukhari-Muslim.
WAKTU QUNUT NAZILAH
Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku’ atau setelah ruku’ di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku’ lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia
LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu’ 3/477, Majmu’ Al-Fatawa 23/108.
Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Shalat Sendirian?
Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para shahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: “Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu”. Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.
Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum ?
Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa’ 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: “Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak dikeetahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para ‘ulama) dalam masalah ini.” Akan tetapi perlu diingat bahwa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu’ 3/481).
Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk pribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya.
BOLEHKAH BERDOA QUNUT NAZILAH DI LUAR SOLAT?
Untuk membacanya sebagai doa luar daripada solat tidak ada masalah.Kerana ia sabit sebagai doa.Cumanya,perbincangan kita diatas tadi, berkenaan boleh atau tidak baca qunut ini dalam solat secara bersendirian.Maka baca qunut ini dalam solat secara bersendirian tidak boleh,kerana tidak sabit nabi dan para sahabat membaca dalam solat secara bersendirian.tetapi untuk membacanya diluar solat sekadar satu doa.tidak mengapa.Kerana Allah sendiri menyuruh kita berdoa.
Dan Qunut Nazilah itu sendiri adalah doa.Maka tidak ada masalah untuk membacanya diluar solat.
Allah berfirman dalam surah al-Ghafir ayat 60:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina”
Contoh bacaan yg biasa dibaca
اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقمياالله ياالله يااللهاللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزابﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهمYa Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
PERINGATAN!!!
1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata :
“Maka berdasarkan sunnah qunut ketika berlakunya musibah, dibacakan doa di dalamnya dengan apa yang munasabah untuk kaum yang memerangi (umat Islam).” (Majmu’ al-Fatawa 21/155).
Beliau berkata lagi :
“Dan sewajarnya untuk didoakan pada setiap musibah (di dalam qunut Nazilah) dengan doa yang bersesuaian dengan musibah tersebut. Jika disebut nama siapa yang didoakan untuk mereka dari kalangan orang-orang yang beriman dan siapa yang didoakan untuk Allah mengambil tindakan terhadap mereka dari kalangan orang-orang kafir yang memerangi islam, maka itu adalah baik.” (Ibid: 22/271)‘Umar bin al-Khattab ra. ketika melakukan qunut nazilah apabila berlaku musibah yang menimpa kaum muslimin, beliau telah berdoa dengan doa yang bersesuaian dengan musibah tersebut.
اللهم إنا نستعينك ونؤمن بك ، ونتوكل عليك ونثني عليك الخير ولا نكفرك ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك الجدَّ بالكفار مُلحق ، اللهم عذِّب الكفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك
Maksudnya :
“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orang kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”
(Riwayat al-Baihaqi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa’)Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh saudara seISLAM yang mencintai keadilan dalam perjuangan, dan bagi mereka yang mengakui beriman kepadaNya.Buktikanlah wahai saudaraku bahawa kamu benar-benar beriman dengan kasihmu kepada saudaramu di sana.
Wassalam.
Sumber:
http://temanpetunjuk.blogspot.com/2007/12/qunut-nazilah-kepentingan-kepada.html
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20081228230945/Article
Tuesday, 20 January 2009
Qunut Nazilah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment