Monday, 19 January 2009

BICARA HATI

Dah lama tak update blog ni. Nak kata sibuk sangat, dak juga. Tapi aku lebih menumpukan blog akademik Sejarah STPM Kertas 1 tu. Aku ada target aku . Yang utama aku nak bantu pelajar aku agar ada bahan dan minda lebih terbuka dengan pelbagai bahan. Yang kedua aku ada target dalam perjawatan aku sebagai cikgu.....cikgu Sejarah.

Terfikir plak nak tukar tajuk blog nih. Abu bubuh jer "Bicara Hati ". Harap sesuai dengan apa yang aku nak perkatakan.

Pagi tadi masa perhimpunan, Puan Hajah Faridah, sebut pasal dosa. Semua orang ada dosa. Aku juga tak terkecuali. Aku manusia biasa yang lemah dan kadang-kadang kalah dengan perasaan. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku terdahulu. Aku mendambakan kasih-sayang dan rahmatMU. Dosa-dosa kecil boleh jadi dosa besar........Dosa besar apalah lagi .Aku takut Ya Allah. Jangan turunkan azab kepada ku dan ampunkanlah aku. Juga ampunkan dosa kaum Muslimin di Palestin yang mungkin disebabkan dosa-dosa mereka, engkau menurunkan azab ke atas mereka.

No comments: