Wednesday, 21 January 2009

Hutang perlu di bayar........

Semasa perhimpunan pagi tadi, Puan Hajjah Faridah selaku guru bertugas menyentuh tentang dosa dan mengaitkan dengan kereta saya yang kena calar. Bagus juga cara dia membuat perkaitan.

Pelajar tersebut telah membuat dosa kerana merosakkan harta orang lebih-lebih lagi guru mereka sendiri. Bahkan dianggap sebagai hutang kerana kerosakan yang dibuat perlu dibayar. Dalam Islam, hutang wajib dibayar.

Saya harap pelajar berkenaan sedar akan salah perbuatannya. Saya belum dapat memaafkan pelajar tersebut kerana tindakan ke atas saya sudah melampau.

No comments: