Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Monday, 6 August 2012

Apa Sebenar Yang Berlaku Di Syria ?

Wajib dengar ……….

Tuesday, 26 June 2012

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh

Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)

Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا

Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala : 

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,

1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)

2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3. Dr. Zahazan Mohamed

4. Dr. Maszlee Malek

5. Dr. Abd Basit Abd Rahman

6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar

7. Dr. Khairuddin Aman Razali

8. Dr. Sukki Othman

9. Ustaz Roslan Mohammad

10. Ustaz Zamri Zainuldin

11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir

12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan

13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim

14. Ustaz Aizam Mas’ud

15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil

17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang

18. Ustaz Ramadan Fitri Elias

19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim

20. Xifu Naseer Abd Rahman

Sumber : Emel di bawah

Tuesday, 21 February 2012

Tentang SYRIA Bumi Kita

Antara menarik dalam Video :
1. Penjelasan Dr. Yusof al-Qaradhawi ttg situasi Syria
2. Suasana di Baba Omar, Syria pada 14 Febuari (Valentine day) - Rakaman LIVE oleh penduduk Syria
3. Rakaman tentera Asad yang memaksa rakyat mengucapkan : "Tiada Tuhan Melainkan Bashar Asad"
4. Rakaman Janji Setia pemuda-pemuda Syria untuk berjuang.
5. Antara Tentera bersama rakyat
Credit to :
1) Syabab.com ( http://www.facebook.com/pages/SyababCom/178025665546326?sk=wall )
2) http://www.therevoltingsyrian.com/
3) Muharikah.com ( http://www.facebook.com/Muharikah )
Rujuk kami :
Web: http://www.halaqahmaya.com/v2
Group FB : http://www.facebook.com/groups/halaqahmaya/

Monday, 9 February 2009

Mengenang Sejarah " derhaka " ????

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Peristiwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun).

Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah digantung atau dimansuhkan.

Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

Sumber : Artike MSO ]

DAULAT TUANKU !!!

Friday, 6 February 2009

ANTARA TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Muhasabahlah diri kita........buka mata dan mata hati. Lihat sekeliling. Lihat diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya. Lihat dari sudut ekonomi, politik dan sosial. .........adakah anda memahaminya ??????

Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).  Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
"Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang ma'ruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan
banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian
yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab
kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."
- Sahih Muslim

Thursday, 22 January 2009

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain....

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir.....kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai...."

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh para militari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu:

Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain pulak jadi cam kita? " MALAYSIA DISERANG ??? untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Dr. Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke Malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dengan muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang Malaysia ...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq dan Lubnan.
Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat...Parlimen dan ADUN...Tauke- tauke Cina yang kaya... semua cabut
lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing.

Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara. Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.

Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pemimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab...Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam. SAAT Peperangan bermula.... Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu... membedil...menembak Rakyat Malaysia...mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti.... .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti.... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO... diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menendang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Serbia memperkosa umat Islam Bosnia ...muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Kongsi Raya ...diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...

Sebelum ini anda melihat anak umat Islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata..... Anda menangis ketakutan... .

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri.... Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!!
kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat...menggeledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH....
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM
DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI
SABILILLAH DARIPADA INDONESIA ,SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN
menyatakan:
"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia " (Presiden Burkina Faso , Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera
bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur...
kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni" - Pemimpin Malaysia selalu sebut.
(Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia "
(Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan"
(Pemimpin Arab Saudi)..

Bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DI ATAS DI KALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

Catatan daripada emel

Pasal pakai serban

Saya tak setuju langsung tentang seorang pelajar sekolah pondok, Saudara Nasir yang diSAMAN kerana hanya memakai serban ketika menaiki motorsikal. Akhirnya setelah kalah dalam perbicaraan dia dikenakan saman RM 90 atau penjara 2 hari. Saya tabik dia memilih penjara kerana mempertahankan apa yang memang betul. Kalau dia bayar maknanya dia mengiyakan kesalahannya.

Kenapa ada pilih kasih dan tanggapan yang berlainan terhadap pemakaian serban kepada orang Islam. Kenapa orang Sikh tak kena saman pun. Serban ada dalam Islam. Sunnah yang sunat dan dianjurkan pakai. Kenapa polis yang saman tak fikir langsung dan tunjuk budi bicara. Adakah sikap prejudis terhadap Islam tu sendiri ? Malanglah kalau orang Islam sendiri tak mau faham ajaran Islam. Kalau kita mati pun, mayat akan dipakaikan serban !!

Terlintas juga difikiran, adakah sebab disaman kerana unsur fahaman politik yang berlainan. Boleh fikirkan ???? Kan sekarang pertembungan UMno dan PAS hebat. Tak mustahil kan ! Entahlah.

Kepada saudara Nasir, tahniah kerana berani mempertahankan yang benar. Ramai orang celik mata isu ini. Kepada polis tu, insaf dan taubatlah !!!!! Kamu dah aniaya oranng !

Thursday, 28 August 2008

LOGO HARI KEMERDEKAAN 51

Lagi beberapa hari kita nak menyambut hari kemerdekaan ke 51 tetapi ramai lagi yang tak tahu kita dah tukar logo dan tema.

Kredit kepada AnuarDan pencipta logo tersebut.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu! .Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu! Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Wednesday, 27 August 2008

Laman web rasmi Parlimen Malaysia

~~ GAMBAR ~~

~~ MAKLUMAT ~~

Nama

Anwar bin Ibrahim, Y.B. Dato' Seri

Jawatan dalam Kabinet

Tiada

Parti

PKR

Parlimen

P044

Kawasan

Permatang pauh

No. Telefon

No. Fax

E-Mail

Alamat Surat-menyurat

Sumber : Laman web rasmi Parlimen Malaysia

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.

2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.

3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi/Votes cast 38,144

Peratus/Percentage 65.25 peratus

Undi rosak/Spoilt votes 447 undi

Majoriti/Majority 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)

Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348

Majoriti/Majority:13,398

Tuesday, 26 August 2008

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

Saya menunggu dengan penuh minat keputusan piihanraya kecil Permatang Pauh kat TV tapi lambat sangat. Dah tak sabar terus melayari tulisan para blogger. Dato' Seri Anwar Ibrahim menang ! Keputusan tak rasmi : PKR - 31,949 , BN - 14,297 dan AKIM - 74. Majoriti adalah sebanyak 17,652.

Jika ini benar maka akan berlaku perubahan besar dalam politik Malaysia. Sebagai kakitangan kerajaan saya akur dengan mana-mana kerajaan yang memerintah !

PERMATANG PAUH.....

Sebagai rakyat Malaysia, saya juga memberi minat yang mendalam terhadap pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Banyak yang mendakwa dah terbongkar dan dibongkar seperti isu liwat, rasuah, pecah amanah, politik wang, sumpah, mubahalah, dan pelbagai macam ragam.

Pelik tapi benar, dalam jangkamasa pilihan raya kecil macam-macam didedahkan dan dipaparkan kepada umum, sama ada oleh media tempatan, web dan blog. Ramai yang dikatakan telah keluar parti A masuk parti B. Ramai juga yang dah jadi "sesumpah" ! Budak-budak sekolah pun geli hati. Ada juga yang pening.

Isu yang sangat menarik adalah sumpah si Saiful yang mendakwa diliwat oleh Dato' Sri Anwar. Ada yang mengatakan sumpahnya tak boleh pakai. Imam yang menjadi saksi tu pun dah buat penjelasan kononnya dia dipaksa. Namanya Ramlang Porigi. Bacalah dalam weblog. Ada banyak macam blog seperti blog perisik rakyat dan kerabu bersuara (antaranyalah). Baca dan nilai sendiri !

Hari ni pengundi Parlimen Permatang Pauh akan membuang undi. Kesan keputusan pilihanraya ini sangat besar kepada negaraku Malaysia. Apa yang penting, Malaysia perlu terus maju dan dipimpin oleh mereka yang jujur, telus, amanah, dan membangunkan Islam. Sama-samalah kita berdoa untuk kebaikan negara kita.

Apapun, kita tunggu keputusannya malam ni.