Sunday, 3 May 2009

Buat Blog Lagi .........

Masa mesyuarat kat Pangkor hari tu, team Laman Web Sejarah ikut sekali. Em, nampak ok. Tapi yang nampak sibuk sekali rakan satu sekolah saya, Rohaiza. Saya dan team buat soalan sibuk bincang pasal soalan percubaan Sejarah 1 Negeri Perak.

Rupanya kat Pangkor tu hari Rohaiza udah buatkan blog untuk Gemilang Sejarah STPM JPN Perak. Sebab untuk PMR dan SPM dah ada. Dia tak cakap apa-apa pun masa kat Pangkor.

Rupanya tugas selanjutnya diserahkan kepada saya. Ikut katanya saya kena make up dan masukkan bahan ke blog tu. Kiranya tak jadi hal lah. Tapi bertambahlah kerja saya. Berblog lagilah saya...... tapi saya minat tak apa. Tapi slow-slow lah sikit..... banyak kerja lain nak buat.

Langkah permulaan, saya nak cakap sori kat Rohaiza sebab saya ubah layout dan segalanya kecuali username dan password. Ikut selera saya lah.... OK ye Rohaiza. Tentang pengisiannya kena bincang sikit. Apa kehendak JPN. Kata nak upload soalan Percubaan.... gi mana tu ? Tak ker bocor nanti kalau tak bubuh password.

Apa pun saya kan buat sehabis baik jika tugas ini diteruskan untuk saya lakukan. 7-9 Mei ni team soalan STPM akan berkampung kat Hotel Berjaya, Pulau Pinang. Jumpa semua di sana.
OK. ...........

8 comments:

Megat Azfar said...

cikgu!!! nak dapat perkhidmatan dari saya tak?? saya make-up blog tuh cikgu bagi 10 ringgit!! nge3~

p/s: tengah pokai sekarang!! lalala

Mastura said...

salam cikgu

saya tertarik dgn videao dajal dlm blog cikgu. kalau boleh saya nakkan urlnya utk saya letakkan dlm blog saya

Mastura said...

tima kasih cikgu... ( saya pun cikgu jugak..ajor komputer ajer..)

Cikgu Rashman said...

Megat are-pa.... kalo bayo pakai kad kredit leh tak ??? hehehehe

Cikgu Rashman said...

Mastura, saya pun lupa dah urlnya. Tapi saya ambik daru u tube. Cuba cari.....sekolah komputer mana ? hem......

Mastura said...

salam cikgu rashman

sebelum ni dah lama saya cari kat u tube.. saya guna macam2 hint dajjal lah, anti christ lah..tak jumpa pun petikan seperti dlm blog cikgu ni.
Kalau boleh cikgu try lah cari kat dlm posting tu ke..harap cikgu rashman boleh tolong ..

Saya mengajar komputer di pusat perkhidmatan dan ilmu komuniti, kuala rompin pahang. PPIK ni ada jugak satu kat changkat lada.

Kalau sudi jenguk le blog saya ppikkualarompin.blogspot

tima kasih

Cikgu Rashman said...

Mastura, saya dah jumpa. Cuba awak bukak lam ni.... http://www.youtube.com/watch?v=X639ZE3MWH0 atau lebih baik yang ini http://www.youtube.com/user/alphamain

OK, selamat menonton, mengkaji dan berfikir. Moga ada manfaatnya.

Mastura said...

salam cikgu rashman

terimakasih atas informasi. Ia benar-benar memberi manfaat. Semoga Hari Guru, semoga cikgu dapat mengharungi masalah dan cabaran dgn pertolongan Allah swt.