Tebusan:Kerajaan Malaysia Sepatutnya Mengadakan Sembahyang Hajat seluruh Negara
Dilulus terbit pada Wednesday, September 03 @ 04:03:32 MYT oleh greenboc
Oleh ahmadhadeed
"
Kita menyeru agar kerajaan Malaysia , selain dari mengunakan saluran berbagai, turut juga menggunakan saluran Allah untuk melepaskan mereka yang terperangkap dalam kesusahan ini. Di cadangkan agar kerajaan Malaysia mengerahkan semua masjid mengadakan sembahyang hajat di bulan Ramadan yang mulia ini agar Allah memperkenan doa kita dan menyelamatkan mereka yang menjadi tebusan tidak kira mereka adalah saudara kita se Islam atau jiran kita dari Filifina walaupun mereka berugama kristian. Mereka juga memerlukan doa kita semua.
Sekarang ini 64 warganegara malaysia dan 16 warganegara Filifina yang bekerja dengan syarikat milik kerajaan misc sedang menjadi tebusan oleh lanun yang di percayai dari Somalia. Nyawa mereka mungkin akan di korbankan untuk mendapatkan tebusan. Jumlah 80 nyawa bukan bilangan yang sedikit dan jika mereka mati kerana melaksanakan tugas menghantar export Malaysia, ini adalah menjatuhkan maruah negara. Memang keadaan sekarang amat merumitkan memandangkan pasukan yang mengawasi kawasan tersebut tidak dapat membuat apa apa. Walau rumit macam mana sekali pun oleh kerana ia melibatkan rakyat malaysia maka segala usaha hendaklah di laksanakan.
No comments:
Post a Comment