Saturday, 20 September 2008

ROTI & KEK YG MENGANDUNGI LEMAK BABI

Fikir-fikirkan sendiri.....................

 

From: Aishah <noraiy@...>
Subject: [Islamic-ebook] High5
To: Islamic-ebook@yahoogroups.com
Date: Monday, September 15, 2008, 9:08 AM

Assalamualaikum Semua...

Terima Kasih kerana Prihatin dengan issue mengenai produk kami seperti yang di war war kan. Saya pekerja islam yang bekerja di Syarikat Silverbird group bhd. Tahun ini sudah masuk tahun ke 3 saya berkhidmat dgn silver bird. Dan hampir semua produk dan cara pembuatan nya saya tau. setiap ramuan, perisa, dan sebagainya. bukan ingin mempertahankan syarikat. Tetapi issue ini sudah terlalu basi bagi saya kerana status halalnya. Ingin dimaklumkan, kesemua produk kami mempunyai status halal tanpa ragu, yang di keluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Terpulang pada si penebar fitnah yang tidak putus asa untuk menjatuhkan nama baik syarikat Silver Bird.

Kalau pihak PPIM tidak puas hati dengan Lembaga Tabung Haji kerana invest dgn Syarikat kami juga terpulang pada PPIM. Keputusan telah di buat, Lembaga Tabung Haji tidak akan berani invest jika produk kami tidak halal. Fikir lah sendiri.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih di atas e-mel yang diberikan dan atas kesudian pihak Tuan untuk mengetahui status Halal bagi semua produk roti High-5. Rasanya anda adalah salah seorang pengguna produk High 5. Untuk pengetahuan pihak Tuan jenama “Dubor" minyak yang digunakan di dalam pembuatan roti tersebut adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan (minyak sawit) ianya langsung tiada berkaitan dengan haiwan dan minyak tersebut "Dubor Oil"pernah diambil oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia serta dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisa. Keputusan bagi ujian tersebut Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan surat (Ruj.Kami :B.PGK.HALAL. 09/03) bahawa minyak tersebut bukan dari sumber haiwan dan tidak mengandungi alkohol.

“Dubor Oil " ini dibeli dari negara Jerman dan bukan dari Israel seperti yang perkatakan dan sijil Halalnya telah dikeluarkan oleh Islamic Centre Harmburg, sila lawati  (www.islamic- centre-harmburg. de) untuk rujukan. Dan yang paling penting ianya telah pun mendapat pengiktirafan dari Pihak JAKIM, sila lawati laman web JAKIM untuk kepastian pihak Tuan.

Untuk pengetahuan Semua , e-mel yang tersebar yang mengatakan produk roti High 5 di campur minyak babi yang di dakwa diterbitkan dalam Malay Mail pada 7 Sept 2008, hanyalah rekaan semata-mata pihak yang tidak bertanggung jawab yang mempunyai tujuan tertentu. Ingin di jelaskan di sini bahawa artikel tersebut tidak pernah wujud.

Untuk pengetahuan pihak Tuan, Syarikat Silver Bird pengeluar jenama roti High5, kek dan beberapa jenis makanan ringan yang lain ingin menjelaskan bahawa pihak syarikat mempunyai satu Jawatankuasa Halal Dalaman yang bertindak memantau dan memeriksa setiap aspek, peraturan bagi pengeluaran produk Halal serta memastikan setiap keperluan proseder Halal dipatuhi bermula dari bahan mentah, operasi, pemprosesan, pembungkusan sehingga produk siap dikeluarkan .

Sekiranya Anda yang di hormati mempunyai sebarang keraguan & kemusykiran terhadap semua produk Syarikat Kami, silalah hubungi atau e-melkan kepada kami di consumer@stanson- high.com

Best Regards,

Aisha Yahaya

Admin Dept.

SilverBird Group Bhd.

No comments: