Friday, 29 August 2008

5 TAKTIK TERBAIK PENDATANG TANPA IZIN MENYELUDUP MASUK.............

No.5
(dalam beg pakaian..isk...isk...isk...)

image
No.4
(dalam dashboard kereta...adeh sakitnya otot-otot!)


No.3
(dalam rear seat kereta...macam sardin A1 King Cup pula dia tu...!)


No.2
(dalam enjin kereta...heheh...kulit badak atau unta kah orang ni ah...???)


No.1
(dalam front passenger seat kereta...kah...kah...kah...!!!!!
Bergeliga betul otak diurang ni tapi kena tangkap juga! Kantoi woi...!!)


AMARAN...


SEMUA PEMBACA YANG MEMILIKI KERETA DISARAN SUPAYA MEMERIKSA BETUL-BETUL KERETA MASING-MASING SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN. MANALAH TAHU ADA PTI YANG BERSEMBUNYI DALAM STERING KE, DALAM WIPER KE, DALAM TANGKI PETROL KE, DALAM TAYAR KE...

Thursday, 28 August 2008

LOGO HARI KEMERDEKAAN 51

Lagi beberapa hari kita nak menyambut hari kemerdekaan ke 51 tetapi ramai lagi yang tak tahu kita dah tukar logo dan tema.

Kredit kepada AnuarDan pencipta logo tersebut.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu! .Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu! Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Wednesday, 27 August 2008

Laman web rasmi Parlimen Malaysia

~~ GAMBAR ~~

~~ MAKLUMAT ~~

Nama

Anwar bin Ibrahim, Y.B. Dato' Seri

Jawatan dalam Kabinet

Tiada

Parti

PKR

Parlimen

P044

Kawasan

Permatang pauh

No. Telefon

No. Fax

E-Mail

Alamat Surat-menyurat

Sumber : Laman web rasmi Parlimen Malaysia

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.

2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.

3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi/Votes cast 38,144

Peratus/Percentage 65.25 peratus

Undi rosak/Spoilt votes 447 undi

Majoriti/Majority 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)

Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348

Majoriti/Majority:13,398

Kisah Anai Anai dan Al-Quran.......

Hormatnya anai-anai terhadap AlQuran. Bagaimana dengan kita ?



Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Tuesday, 26 August 2008

HARGA MINYAK......

Harga minyak dah turun 15 sen ... Tapi pada dasarnya jumlah tersebut tidak dapat membantu merengankan beban dan cengkaman ekonomi yang semakin parah. Penurunan harga minyak yang sedikit menimbulkan kecelaruan ekonomi kerana peniaga tentunya tidak akan menurunkan harga barang atas kadar penurunan yang kecil dan tiada campur tangan kerajaan yang ketara. Keadaan yang tidak serius dan sambil lewa ini tidak mendatangkan kesan pembelaan kepada kadar kemiskinan yang sedia ada memandangkan minyak tidak memberi kesan ketara kepada rakyat miskin tetapi harga barangan yang amat mencengkam.

Yang akan menanggung beban, masih rakyat dan yang bakal meraut kekayaan yang berlipat ganda ialah peniaga-peniaga. Harga minyak turun, untung besar kepada usahawan dan peniagaan kerana harga barang masih di takuk lama.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

Saya menunggu dengan penuh minat keputusan piihanraya kecil Permatang Pauh kat TV tapi lambat sangat. Dah tak sabar terus melayari tulisan para blogger. Dato' Seri Anwar Ibrahim menang ! Keputusan tak rasmi : PKR - 31,949 , BN - 14,297 dan AKIM - 74. Majoriti adalah sebanyak 17,652.

Jika ini benar maka akan berlaku perubahan besar dalam politik Malaysia. Sebagai kakitangan kerajaan saya akur dengan mana-mana kerajaan yang memerintah !

HADIAH HARI JADI 24 OGOS

Saya nak ucap terima kasih kepada Fadz sebab memberikan hadiah sempena hari jadi pada 24 Ogos lepas. Tak sangka pulak saya diberi hadiah hari jadi. Suatu penghargaan pada saya. Tambahan pulak saya ni cikgu yang agak tegas juga ( tapi tah , kadang-kadang tak juga ). Cikgu disiplin, nak buat macam mana.

Sekali lagi, terima kasih kerana atas hadiah tu. Bukan harga jadi nilaian tapi keikhlasan.
Insyaallah, saya akan terus bantu kamu dan kawan-kawan yang lain. Cuma dengarlah nasihat saya yang ikhlas tu. Sebab pengalaman mengajar senior-senior kamu dulu, kadang-kadang memeritkan hati dan perasaan saya.

Selalu online blog saya untuk ambil info terkini yang saya update. Walaupun ada yang merungut, tapi kamu semua kena terima kaedah belajar ICT. Ubahlah minda walaupun kamu semua budak kampung. Jangan cari alasan tapi usahalah melepasi halangan.

Saya cikgu kamu yang selalu mendoakan kejayaan kamu semua.
Dengarlah nasihat saya....

PERMATANG PAUH.....

Sebagai rakyat Malaysia, saya juga memberi minat yang mendalam terhadap pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Banyak yang mendakwa dah terbongkar dan dibongkar seperti isu liwat, rasuah, pecah amanah, politik wang, sumpah, mubahalah, dan pelbagai macam ragam.

Pelik tapi benar, dalam jangkamasa pilihan raya kecil macam-macam didedahkan dan dipaparkan kepada umum, sama ada oleh media tempatan, web dan blog. Ramai yang dikatakan telah keluar parti A masuk parti B. Ramai juga yang dah jadi "sesumpah" ! Budak-budak sekolah pun geli hati. Ada juga yang pening.

Isu yang sangat menarik adalah sumpah si Saiful yang mendakwa diliwat oleh Dato' Sri Anwar. Ada yang mengatakan sumpahnya tak boleh pakai. Imam yang menjadi saksi tu pun dah buat penjelasan kononnya dia dipaksa. Namanya Ramlang Porigi. Bacalah dalam weblog. Ada banyak macam blog seperti blog perisik rakyat dan kerabu bersuara (antaranyalah). Baca dan nilai sendiri !

Hari ni pengundi Parlimen Permatang Pauh akan membuang undi. Kesan keputusan pilihanraya ini sangat besar kepada negaraku Malaysia. Apa yang penting, Malaysia perlu terus maju dan dipimpin oleh mereka yang jujur, telus, amanah, dan membangunkan Islam. Sama-samalah kita berdoa untuk kebaikan negara kita.

Apapun, kita tunggu keputusannya malam ni.

Sunday, 24 August 2008

Weblog ifeel

Blog baru saya. Dibina sebagai alternatif dalam menyampaikan buah fikiran dan pelbagai pandangan dari pelbagai aspek. Dipilih dan dibina pada tarikh 24 Ogos sempena hari lahir saya. Semoga blog ini memberi manfaat khususnya kepada diri saya sendiri.

Salam hormat daripada saya.