Wednesday, 26 November 2008

PLURALISME AGAMA.....????

Strategi Barat, yang diketuai AS, dalam merencana pelbagai helah politik demi melanjutkan hegemoninya ke atas Islam dan kaum Muslimin mula terdedah apabila satu persatu rancangannya ditelanjangkan oleh para intelektual Islam yang ikhlas. Selain kegiatan imperialis melalui peperangan dan pembulian, Barat juga menaja beberapa agenda ‘halus’ berbentuk serangan ideologi, menyerang pemikiran umat Islam. Misalnya, pluralisme – fahaman meyeragamkan semua agama. Fahaman ini amat berleluasa sekarang khususnya di wilayah kaum Muslimin dan di Malaysia, ia diterjemahkan dalam bentuk kebangkitan gerakan seperti Inter-Faith Commission (IFC) yang dulunya dikenali sebagai Inter-Religion Council (IRC). Biarpun masih di peringkat proses penubuhan, IFC mampu mencetus suatu paradigma ‘religious-modernization’ di mana setiap agama bersekutu dalam sebuah institusi tunggal.

Reaksi terhadap usul penubuhan IFC disambut dengan pelbagai warna emosi masyarakat setempat - ada yang menyokong dan ada yang membantah. Majoriti masyarakat Islam di Malaysia membantah usul penubuhan tersebut kerana ianya membawa implikasi negatif bahkan dilihat sebagai mampu menghancurkan Islam serta ajaran sucinya. (Lawat http://www.geocities.com/bantah_ifc/ Perhatian - pihak mykhilafah.com tidak terlibat dalam isi kandungan yang luar dari laman web kami).

Pihak yang membantah melakukan pelbagai aktiviti dan kempen menerusi ceramah, kuliah, seminar dan lain-lain. Manakala yang menyokong pula cuba menyemarakkan usulnya melalui pendekatan yang lebih formal sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen BN Kelana Jaya, Loh Seng Kok, yang mengusulkan agar ditubuhkan Jabatan Kemajuan Agama-Agama di Malaysia (Jakam) dalam ucapannya di Dewan Rakyat ketika menyokong usul terima kasih terhadap titah Yang di- Pertuan Agong baru-baru ini. Secara tersiratnya, idea penubuhan Jakam dilihat sebagai ‘harm reduction’ kepada bantahan penubuhan IFC sehingga dapat mengalihkan fokus pembantah kepada Jakam pula. Sementara itu, kerajaan melalui kenyataan PM menegaskan pendirian harmoninya. Kerajaan menyarankan agar Dialog Antara Agama perlu digalakkan [Utusan Malaysia 16 Mac 2006] di kalangan rakyat Malaysia amnya. Persoalannya kini, apakah pandangan Islam terhadap interaksi keagamaan seperti IFC, Jakam dan sesuatu yang seumpamanya ? Dan bagaimana pula Islam mengatur permasalahan ini ? Sautun Nahdhah kali ini cuba menghuraikan permasalahan ini dengan seberapa ringkas yang mungkin agar pembaca budiman memahami kedudukan sebenar perkara ini.

Pluralisme : Modal Kufur Menghancurkan Islam

Pluralisme agama merujuk kepada suatu fahaman yang menyamakan semua agama dalam ertikata:

a. Kebenaran ada dalam semua agama, dan

b. Keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

Fahaman yang disebut dengan istilah transcendent unity of religions ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lainlain lagi. Fahaman ini mulai muncul secara meluas pada tahun 1932. Ketika itu, Perancis mengutuskan delegasinya untuk berunding dengan tokoh-tokoh ulama al-Azhar, Kaherah, dalam rangka membahas idea penyatuan tiga agama: Islam, Kristian dan Yahudi. Kegiatan ini kemudian diteruskan dalam Persidangan Paris tahun 1933. Persidangan ini dihadiri oleh para orientalis dan misionaris dari pelbagai universiti yang ada di Britain, Switzerland, Amerika, Itali, Poland, Sepanyol, Turki dan lain-lain. Persidangan Agama-agama Sedunia tahun 1936 merupakan persidangan agama terakhir sebelum Perang Dunia II.

Sepanjang dekad 70-an dan 80-an telah diadakan lebih dari 13 pertemuan dan persidangan Dialog Antara Agama dan Antara Peradaban. Yang paling menonjol adalah Persidangan Dunia II untuk Islam di Belgium. Persidangan ini dihadiri oleh 400 delegasi dari beraneka agama yang berbeza-beza. Selanjutnya adalah Persidangan Cordova di Sepanyol yang dihadiri oleh delegasi-delegasi Muslim dan Kristian dari 23 negara. Kedua persidangan ini diselenggara dalam tahun 1974. Setelah itu, Pertemuan Islam-Kristian pula diselenggarakan di Carthage, Tunisia, pada tahun 1979. Di akhir dekad abad yang lepas, pendokong propaganda Dialog Antara Agama mengadakan Persidangan Dialog Eropah-Arab tahun 1993 di Jordan. Persidangan ini kemudian disusuli dengan Persidangan Khartoum untuk Dialog Antara Agama tahun 1994. Pada tahun 1995, diadakan pula dua Persidangan tentang Dialog Antara Agama, yakni di Stockholm dan di Amman (Jordan). Kedua persidangan ini disusuli dengan Persidangan Islam dan Eropah di Universiti Ahlul Bait, Jordan pada tahun 1996. Kini di Malaysia, momentum pluralisme agama muncul selepas sebuah memorandum yang memuatkan usul penubuhan IFC dari Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh bertarikh 21 Ogos 2001 diketengahkan. Reaksinya, timbul kempen dari dua pihak yang bertentangan antara satu sama lain, penyokong dan pembangkang. Kemuncak pergelutan politik penubuhan IFC adalah selepas keputusan Pak Lah menangguhkan tempoh penubuhan organisasi tersebut. Isu ini tenggelam timbul rentetan kemelut kes kematian Abdullah Moorthy (alias S.Moorthy) dan isu memorandum tuntutan 9 Menteri bukan Islam terhadap pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Antara fasal yang terdapat dalam misi penubuhan IFC adalah berkaitan dengan hak menganut (aqidah) suatu agama selaras dengan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, bagi umat Islam yang berniat untuk murtad, maka IFC merupakan satu saluran yang sah disisi undang-undang Malaysia untuk merealisasikannya.

Kritikan Ke atas Pluralisme

Kemajmukan (plurality) adalah satu kewajaran yang tidak dapat dinafikan. Pengertiannya boleh menjurus kepada dua konteks, fizikal dan non-fizikal (pemikiran). Kemajmukan dalam konteks fizikal menyentuh tentang kemajmukan manusia ciptaan Allah sebagaimana yang ditinta dalam firmanNya; Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian terdiri dari lelaki dan wanita, serta telah menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kalian saling mengenali (satu sama lain). Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa. [TMQ al-Hujurat (49): 13]

Akan tetapi, menyamakan kemajmukan dengan ‘pluralisme’ adalah suatu kesalahan yang besar.

Memang benar, pluralisme adalah fahaman yang lahir dari konteks kemajmukan. Akan tetapi, sebagai satu fahaman, pluralisme jelas berbeza dari kemajmukan itu sendiri. Kepelbagaian pemikiran, pandangan, aliran, fahaman, agama dan ideologi, misalnya, jelas merupakan kenyataan yang tidak dapat dilepaskan dari fenomena kemajmukan. Namun, apabila muncul persoalan mengenai tuntutan kebenaran, yang sering diketengahkan oleh kelompok liberal dan orientalis akibat dari kedangkalan dan kejahilan mereka mengenai kebenaran Islam, maka wujudlah suara-suara yang cuba meletakkan konotasi pluralisme itu setara dengan kemajmukan sesebuah mayarakat. Di dalam fikiran mereka, sekiranya penganut fahaman tertentu (dalam kes ini Islam) mengaku dirinya benar, dan yang lain salah, pasti akan terjadi pemaksaan kebenaran yang dianutnya kepada orang lain; sesuatu yang menurut fikiran mereka akan menyebabkan hilangnya kemajmukan dan kebebasan. Oleh itu, kebenaran, bagi mereka ini, harus direlatifkan. Tidak ada sesiapapun yang boleh mengatakan bahawa fahamannyalah satusatunya fahaman yang benar. Situasi ini, pada pandangan mereka akan mewujudkan keamanan dan keadilan biarpun pada hakikatnya wujud perbezaan, perselisihan mahupun pertentangan terhadap idea/ pemikiran asas yang berkaitan dengan aqidah mereka. Inilah pekung yang sebenarnya membakar dada-dada penganut fahaman pluralisme.

Peristiwa Mubahalah Buat Muhasabah Kaum Muslimin

Dalam konteks mencari titik persilangan atau titik toleransi aqidah, pernah berlaku satu peristiwa yang dilalui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengenai isu ini ketika turunnya ayat 61 Surah Ali-’Imran;

“Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: ‘Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.[TMQ Ali-’Imran (3):61]

Menurut periwayatan sahih yang tercatat di dalam kitab-kitab sahih, antaranya di dalam Sahih al-Bukhari daripada Huzaifah radhiallahu ‘anhu, dia berkata: Al-Aqib dan Al-Sayyid, ketua delegasi Najran datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk saling melaknat (Mubahalah). (Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: “Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.” Lalu akhirnya mereka berdua berkata: “Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.” Rasulullah menjawab: “Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.” Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: “Bangunlah wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.” Tatkala (Abu ‘Ubaidah) berdiri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Inilah orang amanah umat ini.” [HR Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah]

Nota : Perkataan Mubahalah berasal daripada kata bahlah atau buhlah yang bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran. [Quraish Shihab – Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 105.] Jelas di dalam peristiwa ini, ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak melakukan Dialog Antara Agama agar masing-masing bersepakat mencari titik persilangan yang mengharmonikan kemajmukan dalam beragama. Tidak akan berlaku tawar menawar dalam menetapkan kebenaran Islam. Dalam kes lain pula, menurut suatu riwayat At-Tabrani, Abdurrazaq, Ibnu Abi Hatim, turunnya surah Al- Kaafirun mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menolak tawaran toleransi kaum kafir

Quraisy untuk menyembah Allah serta berhala-berhala mereka secara berkala (sistem penggiliran). Di samping itu turun pula ayat 64 Surah Az-Zumar sebagai mengecam tindakan kafir Quraisy tersebut; “Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orangorang musyrik itu: ‘Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian’), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?”

Islam : Ideologi Penyebar Rahmat

Kebenaran Islam adalah sesuatu yang pasti. Tidak ada tawar menawar, jual beli ataupun dialog dalam memastikan kebenaran Islam. Hanya Islamlah satusatunya ad-Deen yang benar yang diturunkan Allah, mengatasi seluruh cara hidup dan isme-isme yang lain. Dan Islam di turunkan bukan hanya untuk umat Islam, bahkan untuk seluruh makhluk Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Tiadalah Kami mengutusmu (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.

[TMQ Al-Anbiya’(21): 107]

Ayat ini merupakan jaminan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawa Islam yang dibawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, jika diterapkan secara menyeluruh dan benar, pasti akan membawa rahmat bagi manusia dan seluruh alam. Penerapan secara menyeluruh membawa erti bahawa hukum-hukum Islam wajib diterapkan secara kâffah dalam seluruh aspek kehidupan. Sementara secara benar pula bererti penerapan ini haruslah sesuai dengan mekanisme yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya, yakni melalui institusi negara (Daulah Khilafah Islamiyyah). Bagaimanakah caranya agar Islam dapat menjadi rahmat bagi seluruh alam (rahmat[an] li al-’âlamîn)? Secara umumnya, ini akan terealisasi melalui:

1. Menerapkan syariat Islam secara kâffah dalam wadah Khilafah Islamiyyah

Para ulama dan cendekiawan Islam yang soleh memahami bahawa Khilafah adalah kewajiban mendasar di antara kewajiban-kewajiban utama dalam agama Islam. Kewajiban ini bahkan merupakan kewajiban terbesar (al-fardh al-akbar) kerana merupakan titik tolak bagi pelaksanaan seluruh kewajiban lain. Banyak hukum tidak akan dapat didirikan tanpa adanya Khilafah seperti hukum-hukum yang terkait dengan sistem ekonomi, pendidikan, sosial, pengadilan, keamanan, politik dan ketenteraan (termasuk di dalamnya jihad dan perjanjian dengan negara-negara asing). Oleh kerana itu, kelalaian kaum Muslimin dalam melaksanakan kewajiban menegakkan Khilafah ini termasuk dalam salah satu dosa besar. Berkaitan dengan hal ini, Imam Ahmad, melalui riwayat dari Muhammad bin Auf bin Safyan al-Hamashi, mengatakan,

Fitnah akan terjadi manakala tidak ada Imam/Khalifah yang melaksanakan urusan orang banyak.” [Abu Ya’la al-Farra’, Al-Ahkâm as- Sulthâniyah, hlm. 19]

Ibn Taimiyah, juga menyatakan, “Usaha menjadikan kepemimpinan (Khilafah) sebagai bahagian dari agama dan sarana untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah sebuah kewajiban.” [Ibn Taimiyah, As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, hlm. 161]

Hal senada juga diungkapkan oleh Ibn Khaldun, yang menyatakan, “Sesungguhnya mengangkat Imam/ Khalifah adalah wajib. Kewajibannya dalam syariat telah diketahui berdasarkan Ijma’ Sahabat dan Tâbi’în (generasi pasca sahabat). Ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam wafat, para sahabat beliau segera membai’at Abu Bakar radiallahu ‘anhu dan menyerahkan pertimbangan tentang berbagai urusan mereka kepadanya. Demikian pula yang dilakukan oleh kaum Muslim pada setiap masa yang ada; tidak pernah terjadi kekacauan di tengah-tengah umat manusia. Realiti seperti ini sekaligus merupakan ijma’ yang menunjukkan pada adanya kewajiban mengangkat Imam/Khalifah.” [Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah, hlm. 167]

2. Menyebarluaskan Islam ke seluruh dunia melalui dakwah dan jihad

Dakwah adalah seruan kepada orang lain untuk memeluk Islam atau agar melakukan kemakrufan dan mencegah kemungkaran. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah keadaan yang rosak dan tidak Islami menjadi baik sesuai dengan Islam. Oleh itu, dakwah bukanlah sekadar seruan kepada orang lain agar melakukan kebaikan, bahkan perlu disertai dengan usaha untuk melakukan perubahan. Perubahan yang dimaksud adalah mengarahkan ‘segala hal’ yang tidak sesuai dengan Islam menjadi sesuai dengan syariat Islam. Ini meliputi seluruh aspek; sosial, pemerintahan, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya; baik yang dilakukan oleh individu, kelompok, sekalipun negara. Dengan dakwah, orang-orang kafir diseru untuk memeluk Islam; orang-orang Islam diseru untuk menerapkan Islam secara sepenuhnya serta menegakkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran. Dengan demikian, dakwah pada hakikatnya bukan hanya ‘menguntungkan’ kaum Muslimin semata, namun juga menguntungkan seluruh umat manusia. Ini adalah kerana dakwah mengajak seluruh umat manusia untuk melaksanakan kebaikan yang diserukan Allah dalam firman-firmanNya dan memperoleh kemaslahatan hidup atas hikmah syariatNya. Demikian juga dengan jihad. Jihad dalam pandangan Islam bertujuan untuk menghilangkan kekufuran di muka bumi dan menundukkan negara-negara kafir demi menyebarkan Islam. Dengan jihad, keagungan, ketinggian, dan kemuliaan Islam akan nampak dan dengannya juga, kezaliman dan kekufuran akan ditundukkan. Jihad bahkan merupakan ketetapan yang efektif dalam menyebarkan Islam sebagai rahmat ke seluruh dunia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Perangilah mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekufuran) dan (kemenangan) agama ini hanyalah milik Allah. [TMQ al-Baqarah (2): 193]

Agenda Kita

Dengan menyedari jalan-jalan yang ditempuh oleh kaum kafir untuk menghancurkan Islam, maka kita mampu untuk lebih hati-hati ketika memahami sesuatu kejadian di hadapan kita. Kita haruslah melihat setiap peristiwa dari konteks apakah peristiwa tersebut terkait atau tidak dengan usaha menghancurkan Islam. Bagi menghadapi usaha-usaha busuk kaum kafir ini, beberapa agenda umum boleh dijalankan oleh para pencinta dan pengembang dakwah Islam:

1. Melakukan tatsqîf di tengah-tengah umat

Semua usaha untuk menghancurkan Islam akan lebih mudah dihadapi sekiranya umat Islam secara umumnya kebal dari pengaruh yang rosak. Pembinaan (tatsqîf) di tengah umat adalah dalam rangka memberikan ‘imunisasi’ pemikiran mereka dengan tsaqâfah (ilmu dan budaya) Islam, dan melatih ketahanan jiwa mereka secara berterusan supaya tetap berada di dalam suasana taqarrub ilallâh (mendekatkan diri kepada Allah). Tatsqîf ini boleh dilakukan secara individu mahupun secara kolektif. Kaedah tatsqif ini boleh dikembangkan dengan pelbagai cara sesuai dengan sumberdaya dakwah yang ada dan sasaran dakwah yang dihadapi.

2. Melakukan Kasyf al-Khuththath dan as-Sirâ’ al-Fikrî

Tindakan menghancurkan Islam ada kalanya dilakukan secara tidak sengaja oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak sedar dirinya diperalatkan oleh penjajah. Oleh itu, membongkar agenda tersembunyi penjajah (kasyf alkhuthath) wajib dilakukan. Para pejuang Islam wajib menganalisa peristiwa-perisitiwa di dunia untuk melihat kaitan-kaitan politik yang selalunya tidak disedari oleh orang awam. Mereka juga wajib untuk terus melakukan pertembungan pemikiran agar kepalsuan pemikiran kufur terserlah dan cahaya pemikiran Islam menerangi kegelapan. Jika pemikiran-pemikiran ini tidak ditunjukkan kekeliruannya, maka umat akan menyangka itulah piawai kebenaran yang ada.

3. Membangun kesedaran politik dan memberi gambaran Islam sebagai penyelesaian yang pasti

Kesedaran politik yang benar wajib dijelaskan di tengah umat. Yang dimaksudkan dengan politik di sini bukanlah politik pragmatik dalam meraih pengaruh atau kekuasaan, tetapi adalah politik Islam yang akan membebaskan manusia dari penindasan dalam segala aspek, menuju pada keredhaan Allah semata-mata. Untuk itu, mahu tidak mahu, para aktivis dakwah wajib mempunyai kemampuan untuk memberikan gambaran Islam sebagai penyelesaian atas segala masalah manusia. Penerapan syariat Islam tidak akan menimbulkan masalah baru. Para pengembang dakwah wajib mengkaji Islam beserta ilmu-ilmunya secara mendalam serta menyeluruh supaya mampu memberikan gambaran seperti ini. Untuk itu, diperlukan para da’i yang terbina syakhsiyyahnya.

4. Membangun pendukung politik Islam, Khilafah

Dengan tumbuhnya kesedaran politik di tengah-tengah masyarakat bererti telah tersedia ‘perkakasan’ (iaitu sumber manusia) dan ‘perisian’ (iaitu konsep penyelesaian) yang diperlukan untuk membangun institusi politik Islam, iaitu Khilafah. Yang perlu dilakukan selepas itu adalah bagaimana perkakasan dan perisian ini dapat diperbesarkan dan diperkuatkan sehingga institusi politik ini benar-benar dapat ditegakkan dan dipertahankan. Menegakkan dan mempertahankan institusi politik ini bukan perkara mudah. Namun, dengan adanya institusi ini, usaha untuk menghentikan proses menghancurkan Islam akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan cekap. Khilafah boleh melakukan kempen syariat yang berkesan secara politik, menyusun semula sistem pendidikan dan menghentikan semua bentuk celaan ke atas Islam. Khilafah, dengan segenap mekanismanya juga akan memulihkan kedangkalan aqidah yang telah sekian lama menimpa umat Islam.

Khatimah

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membongkar sikap kufur Barat terhadap Islam di dalam kalamNya;

Mereka (musuh Allah) hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). [TMQ At-Taubah (9): 32]

Perencanaan mereka melalui segala bentuk serangan, baik fizikal mahupun pemikiran dapat dikesan melalui kesedaran umat yang berfikir. Dengan kesedaran ini, umat pasti akan bangkit bersama menyerang balas, berjuang mengembalikan hak Islam dan umatnya. Pluralisme adalah satu agenda ‘halus’, dan merupakan salah satu alat serangan mereka yang membenci Islam ke atas pemikiran umat Islam. Hakikatnya, fahaman dangkal ini hanya akan menikam diri mereka sendiri. Biar apapun bentuk pertubuhan yang dibina atas kepalsuan yang mengkhayalkan, kebenaran yang dijelaskan Islam melalui pemikirannya yang unggul tidak akan goyah atau dapat dirempuh oleh mana-mana pemikiran lain kerana sumber utama pemikiran Islam adalah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sang Pencipta.

Wahai saudaraku, serangan pemikiran ke atas Islam secara massa, seperti yang wujud hari ini, tidak akan dapat dilakukan oleh kaum kuffar sekiranya Daulah Khilafah wujud untuk mempertahankan kesucian Islam. Kemuliaan Islam dan umatnya pasti akan terserlah dengan berdirinya Khilafah – yang bertugas mempertahankan Islam dan umatnya serta mencurahkan kerahmatan kepada seluruh umat manusia. Oleh itu, usaha yang serius dan bertali-arus haruslah dimulakan dari sekarang – usaha oleh setiap individu Muslim yang cintakan Islam - agar Khilafah menjadi realiti. Hanya dengannyalah kemuliaan dan keunggulan Islam akan kembali menerangi kegelapan yang sudah terlalu lama merangkumi bumi Allah ini.

Islamu ya’lu walaa yu’la ‘alaih !

Source: mykhilafah.com

Friday, 21 November 2008

Sudah bersediakah kita?

Untuk renungan kita bersama..............

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Thursday, 20 November 2008

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul


Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. "

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba- Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

Monday, 17 November 2008

Yoga...memang patut diharamkan..!!

 http://www.healthspablog.org/wp-content/uploads/2008/05/yoga_2.jpgYOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu. Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. Tetapi apa sebenarnya yoga?

Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.
Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.

Menurut sebuah ensiklopedia, yoga merujuk kepada disiplin tradisional berkaitan fizikal dan mental yang berasal dari India; matlamat yang dicapai melalui disiplin ini; dan satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu.
Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal dari kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Terjemahannya termasuk bergabung, bersatu, kesatuan, penghubung, jalan atau cara.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, berkata Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan.

Yoga dikatakan mempunyai beberapa cabang, antaranya Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga dan Hatha Yoga.
Raja Yoga disusun dalam Sutra Yoga Patanjali dan dikenali sebagai yoga dalam konteks falsafah Hindu adalah sebahagian tradisi Samkhya.

Banyak teks Hindu membincangkan aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra. Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga dan gaya posisi tubuh (asana) atau suatu bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).

Senaman yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Bagaimanapun, kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dikhuatiri boleh memesongkan akidah bagi mereka beragama Islam yang mengamalkannya.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu,” kata Zakaria.

Ketika kebanyakan amalan mistik kuno secara samar-samar diisyaratkan dalam Veda, amalan pertapaan dirujuk dalam Brahmaas.Rig Veda, teks Hindu paling awal menyatakan amalan terbabit. Pengawalan minda dan pernafasan dipercayai diamal sejak zaman Vedic (zaman Vedic ialah zaman dalam sejarah India sepanjang Veda, teks Hindu yang paling lama digubah).

Penulis popular mengenai yoga, Georg Feuerstein mempercayai yoga menjadi asas kepada upacara Vedic, khususnya untuk ratib zikir suci. Dalam Upanishad, rujukan yang awal terhadap meditasi dibuat dalam Brihadaranyaka Upanishad, satu daripada Upanishad yang terawal.Sumber naskhah utama bagi mengembangkan konsep yoga adalah pertengahan Upanishad, Mahabharata, termasuk Bhagavad Gita dan Sutra Yoga Patanjali. Beberapa pengesahan ditemui di kawasan Peradaban Lembah Indus memaparkan gambaran dalam yoga atau meditasi seperti gaya posisi tubuh, ‘satu bentuk disiplin ritual, yang mencadangkan yoga’ iaitu titik kepada pemujaan Harappan kepada ‘disiplin ritual dan konsentrasi’, menurut ahli arkeologi Gregory Possehl.

Bhagavad Gita (Nyanyian Tuhan), menggunakan terma yoga dengan meluas dalam pelbagai cara. Sebagai sesuatu yang ditambah kepada seluruh bab (ch 6) mendedikasikan kepada amalan yoga tradisional, termasuk meditasi, ia memperkenalkan tiga jenis yoga yang menonjol, iaitu Karma yoga (yoga tindakan/aksi), Bhakti yoga (yoga pemujaan) dan Jnana yoga (yoga pengetahuan).
Madhusudana Sarasvati, seorang ahli falsafah India dalam tradisi Advaita Vedanta (aliran falsafah Hindu) membahagikan Gita kepada tiga seksyen, dengan enam bab pertama berkaitan Karma yoga, enam pertengahannya dengan Bhakti yoga dan enam yang terakhir dengan Jnana.

Pengkritik lain menyifatkan yoga yang berbeza pada setiap bab, dengan menggariskan lapan belas yoga berbeza.Hatha Yoga adalah sistem yoga khusus digambarkan oleh Yogi Swatmarama, penyusun Hatha Yoga Pradipika pada kurun ke-15 India.Hatha Yoga berbeza dari yoga Raja Patanjali kerana ia memfokus terhadap shatkarma (merujuk kepada amalan yoga membabitkan penyucian tubuh badan) penyucian fizikal badan sebagai peneraju kepada penyucian minda (ha) dan pernafasan (prana) atau tenaga yang penting (tha).

Dibandingkan dengan gaya posisi tubuh yang duduk atau berdiri, yoga Raja Patanjali, ia menandakan pembangunan gaya posisi tubuh sebagai gaya sepenuh badan yang kini menjadi popular.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ketika mengkritik persoalan ini membabitkan umat Islam, berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan individu yang sudah mengamalkannya.

Bahkan menurutnya, mereka yang terbabit dengan aktiviti itu perlu segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.
“Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.

“Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam,” katanya.
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ada mengeluarkan fatwa mengenai yoga, dengan mengklasifikasikannya sebagai perkara bidaah yang menyesatkan.
“Yoga adalah antara perkara bidaah yang digolongkan ke dalam bidaah dhalalah. la mengandungi unsur agama Hindu.

Segala perkara yang mengandungi unsur syirik dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnyaharam.”

Monday, 3 November 2008

RENUNG-RENUNGKAN SEBENTAR !

 

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Kiriman sahabat : Mohd Faisal Abd Aziz

AL FUTHUHAT

Saturday, 1 November 2008

SOLAT BOLEH RAWAT PENYAKIT KRITIKAL

 

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh — Berita Minggu

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.  Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

“Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, kata beliau model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif.  Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.”

Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

“Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Friday, 31 October 2008

Senaman YOGA boleh pesong akidah umat Islam

 

 Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.

"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya. Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.

“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.
Sumber:

http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Wednesda y/Nasional/ 20081029002900/ Article/index_ html

SYUKUR-Tuhan Cinta Agung

 

SYUKUR merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah.

'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.

Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.

Syukur juga merangkumi kurniaan terhadap rezeki kurniaan Allah. Firman Allah: 'Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya biji-bijian, lalu mereka makan daripadanya.

'Dan kami jadikan daripadanya beberapa kebun dari kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya mata air agar mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka bersyukur'. Tegas Allah lagi dalam surah al-Nahl ayat 18 yang bermaksud: 'Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.

Rasulullah sentiasa menjadikan amalan bersyukur dalam kehidupan Baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menjelaskan bahawa 'Adalah Nabi apabila mendapat khabar yang menyenangkan hati, lantas beliau sujud kepada Allah'.

Sementara dalam hadis yang lain menyatakan 'Dari Abu Bakrah, bahawa Nabi Muhammad apabila mendapat sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, segera beliau tunduk bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah'- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Al-Baihaqi meriwayatkan: Rasulullah lakukan sujud syukur bila menerima surat daripada Ali ketika menceritakan tentang ramai penduduk Yaman memeluk agama Islam.

Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.

Melalui kuasa, pangkat dan kedudukan pula dengan memberi khidmat yang terbaik. Syukur melalui hati pula adalah dengan cara mengakui dan menyedari dalam hati apa yang diperoleh daripada anugerah Allah.

Firman Allah: 'Tuhan mu lebih tahu apa yang ada dalam jiwa, jika kamu orang yang baik. Sesungguhnya dia Pengampun bagi orang yang bertaubat' - surah al-Isra'-25. Syukur dalam bentuk lisan adalah melalui ucapan seperti sentiasa melafazkan zikir seperti ucapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Oleh itu, cernakan selalu budaya syukur dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa apa yang kita peroleh hanya sementara dan sebagai ujian untuk melihat sejauh manakah kita dapat menzahirkan rasa ketakwaan yang tinggi terhadap Allah.

Hari Raya Orang Kita

  Fikir Sejenak

Orang Melayu sangat menghairankan. Sifat suka berseronok sangat berakar umbi dalam jiwa raga mereka. Pantang ada majlis mesti ada makan-makan dan nyanyi-nyanyian. Tidak kira samada majlis orang agama atau sekular, perkara yang seronok-seronok ini pasti ada. Cuma upacara pengkebumian saja yang tak ada nyanyian, makan-makannya tetap sama.

Kemuncak semua perayaan dalam kalendar orang Melayu adalah sambutan Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Puasa. Semakin moden orang Melayu semakin canggih sambutan ini. Aku masih ingat zaman aku kanak-kanak dulu, mercun paling hebat ialah mercun tepek sebesar jari. Ada 'moonraker' yang bagai polong terbang melolong sebelum meletup di kaki langit. Agak canggih sikit adalah bunga api 'dush-dush' yang memuntahkan bunga api yang berwarna-warni. Kini bunga api berbagai jenis dengan mercun yang berbagai bentuk, bunyi dan rupa. Walaupun diharamkan kerajaan, bunga api dan mercun amat mudah didapati samada di pasaran gelap atau terang.

Hiburan hari raya sangat melampau. Semua stesen TV berlumba-lumba untuk menayang berbagai program Hari Raya. Lagu Raya lama dan ,dimainkan semahu-mahunya. Hiburan yang melampau-lampau ini telah sampai ke tahap memuakkan dan ada juga memualkan. Namun orang televisyen nampaknya seakan-akan syok sendiri dalam mempersembahkan program-program hiburan mereka. Bermula dari malam Hari Raya sampailah ke Hari Raya yg ke-10. Television dan radio kita tidak jemu-jemu memaparkan rancangan bersukaria menyanyi-nyayan. Rakyat Malaysia disogokkan dengan hiburan demi hiburan, nyanyian demi nyanyian sehingga menimbulkan kebosanan. Seakan-akan lansung tiada kesan puasa lapar dahaga selama sebulan!.

Ramadhan seperti tiada manfaat pada budaya berhibur orang Melayu. Kita nampaknya seperti melepaskan dendam kesumat bila datang Syawal. Bukankah matlamat ibadah puasa supaya kita bertaqwa. Cara kita beraya, Taqwa seperti makhluk yang salah alamat.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa"
(Surah al-Baqarah:183)

Syawal 1429 baru sahaja berlalu. Tetapi jangan terperanjat kalau anda jumpa masih ada orang mengadakan majlis rumah terbuka pada hujung minggu ini. Boleh sahaja buat rumah terbuka dan panggil orang datang makan tetapi untuk bukan untuk meraikan Aidil Fitri. Jika niatnya untuk Aidil Fitri ini adalah sesuatu yang tidak kena, sesat. Lebih logik kalau rumah terbuka hujung minggu ini, adalah untuk meraikan Deepavali kerana Deepavali (Dewali) baru sahaja disambut dua hari lepas.

Tiada bangsa Islam lain di muka bumi ini melanjutkan sambutan Aidil Fitri selama sebulan penuh. Hanya bangsa Melayu Malaysia yang melakukannya dan budaya ini bukan datang dari turun temurun nenek moyang kita. Ia terbit sejak 10 ke 20 tahun kebelakangan ini. Baik puak-puak Islam UMNO mahu pun PAS, merayakan Aidil Fitri sepenuh-penuh bulan Syawal sangat berluasa. Dulu mungkin kita lihat hanya kebanyakan orang bandar yang balik dari kampung merayakan Aidil Fitri di rumah mereka pula. Sekarang Melayu kampung pun sudah mulai merayakan Aidil Fitri seperti orang bandar. Sebulan penuh.

Orang Melayu perlu kembali ke jalan sunnah. Kejayaan kita sebenarnya hanya berada dalam usaha kita menghidupkan sunnah di kala sunnah dipandang kuno oleh orang Islam sendiri. Para ulama dan ustaz-ustaz kita mesti memainkan peranan mereka memberikan ilmu yang hak kepada umat Islam. Jika tidak entah apa akan jadi pada generasi akan datang. Orgy di Hari Raya? Nau'zubillah.

Sekolah adalah tempat mula yang paling munasabah untuk membetulkan kembali minda umat. Kita perlu mengajar anak-anak kita bahawa hiburan berlebihan adalah salah. Hari Raya Aidil Fitri tidak sepatutnya disambut dengan berjoget dan bernyanyi-nyanyian yang melalaikan. Hari Raya sepatutnya dirayakan dengan takbir bersemangat seperti orang yang meraikan kemenangan. Bukan takbir yang mendayu-dayu sedih seperti orang meratapi sebuah kekalahan. Jiwa Melayu amat mendayu dalam takbir Hari Rayanya. (Satu kupasan analisis mengenai takbir sayu Melayu perlu dilakukan)

Anak-anak kita perlu diprogram semula agar generasi pelapis kita tidak melakukan kesalahan yang sama. Sekiranya anak-anak masih berbuat seperti kita sekarang, generasi akan datang akan lebih teruk lagi. Kita mungkin berhibur sakan dalam sepuluh hari pertama bulan Syawal, tetapi generasi kita nanti mungkin berdansa sebulan penuh di bulan Syawal. Kita mungkin mengadakan majlis rumah terbuka sepanjang Syawal, tetapi generasi akan datang mungkin merayakannya sebulan lebih awal dan sepenuh-penuh Syawal. Ingatlah, Syubahat pada hari ini besar kemungkinan akan jatuh kepada haram hari esok.

Akhirkata, Wahai umat Melayu Islam sekelian, keluarlah dari pelukan hedonisma ini kerana ia akan membawa kemusnahan. Isi lah dalam jiwa anak-anak kita dengan sunnah supaya generasi depan beroleh Falah. Itulah sebenarya kejayaan.


Sheikh Sambal
http://barukabordal .blogspot. com/

Monday, 27 October 2008

Apabila masalah jantung menyerang anda..

 Let's say it's 6.15pm and you're driving home (alone of course) after an unusually hard day on the job. You're really tired, and frustrated… …

Andaikan pada 6:15 pm, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri)

selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar2 letih dan kecewa……

YOU ARE REALLY STRESSED AND UPSET ….

Suddenly you start experiencing severe painsevere painin your chest that starts to radiate out into your arm and up into your jaw. You are only five miles from the hospital nearest your home.. Unfortunately you don't know if you'll be able to make it that far

Anda benar2 tertekan dan terkejut….

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan mula merebak hingga lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada hanya 5 km saja dari hospital terdekat, malangnya anda tak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak

WHAT TO DO ???

YOU HAVE BEEN TRAINED IN CPR, BUT THE GUY THAT CONDUCTED THE COURSE DID NOT TELL YOU HOW TO PERFORM IT ON YOURSELF !!!

Apa perlu anda lakukan ???

Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar bagaimana hendak melakukannya pada diri sendiri

HOW TO SURVIVE A HEART ATTACK WHEN ALONE?

SINCE MANY PEOPLE ARE ALONE WHEN THEY SUFFER A HEART ATTACK, WITHOUT HELP, THE PERSON WHOSE HEART IS BEATING IMPROPERLY AND WHO BEGINS TO FEEL FAINT, HAS ONLY ABOUT 10 SECONDS LEFT BEFORE LOSING CONSCIOUS WHAT TO DO ??

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN?

Kebanyakan orang sedang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum tidak sedarkan diri. APA NAK BUAT?

ANSWER:

DO NOT PANIC, BUT START COUGHING REPEATEDLY AND VERY VIGOROUSLY. A DEEP BREATH SHOULD BE TAKEN BEFORE EACH

COUGH, THE COUGH MUST BE DEEP AND PROLONGED, AS WHEN PRODUCING SPUTUM FROM DEEP INSIDE THE CHEST. A BREATH AND A COUGH MUST BE REPEATED ABOUT EVERY TWO SECONDS WITHOUT LET-UP UNTIL HELP ARRIVES, OR UNTIL THE HEART IS FELT TO BE BEATING NORMALLY AGAIN....

JAWAPAN:

Jangan panik, sebaliknya batuk lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2. . Tarik nafas dalam2 sebelum batuk, dan batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal

DEEP BREATHS GET OXYGEN INTO THE LUNGS AND COUGHING MOVEMENTS SQUEEZE THE HEART AND KEEP THE BLOOD

CIRCULATING. THE SQUEEZING PRESSURE ON THE HEART ALSO HELPS IT REGAIN NORMAL RHYTHM. IN THIS WAY, HEART ATTACK VICTIMS CAN GET TO A HOSPITAL ARTICLE PUBLISHED ON N.º 240 OF JOURNAL OF GENERAL HOSPITAL ROCHESTER

Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2 manakala

pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan

peredaran darah. Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu

mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan

jantung sempat ke hospital.

TELL AS MANY OTHER PEOPLE AS POSSIBLE ABOUT THIS. IT COULD SAVE THEIR LIVES !!! DON'T EVER THINK THAT YOU ARE NOT PRONE TO HEART ATTACK AS YOUR AGE IS LESS THAN 25 OR 30.. NOWADAYS DUE TO THE CHANGE IN THE LIFE STYLE, HEARTATTACK IS FOUND AMONG PEOPLE OF ALL AGE GROUPS. BE A FRIEND AND PLEASE SEND THIS ARTICLE TO AS MANY FRIENDS AS POSSIBLE

Beritahu seberapa ramai orang yang boleh. Ia mungkin membantu menyelamatkan nyawa mereka.. Jangan sangka anda bebas dari serangan jantung hanya kerana umur anda kurang dari 25 atau 30 tahun. Hari ini, disebabkan perubahan gaya hidup, serangan jantung tidak mengira umur.

Sunday, 26 October 2008

Teka Teki Imam Ghazali..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Murid 4 = ” Laut “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Murid 4 = ” Unta “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri “

Sunday, 19 October 2008

Saturday, 18 October 2008

Hot Pictures Collection

 

Creative Anti-Smoking Ads

Over the past 40 years, smoking has declined by about half, thanks in part to anti-smoking media campaigns.

But anti-tobacco messages and ads often face fierce opposition from the cigarette manufacturers who have worked vigorously to diminish their impact

Anti-smoking ads began in the late 1960s when the FCC deemed cigarette smoking controversial and therefore subject to the Fairness Doctrine, which requires opening the airwaves to public service messages on opposing viewpoints. The ads were very effective in reducing smoking, despite vigorous counter-advertising by the tobacco companies. (According to a 1972 study, anti-smoking ads cut cigarette smoking by 531 cigarettes per person per year, while tobacco company advertising increased consumption by only 95 cigarettes per person per year.)

Tuesday, 7 October 2008

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi SakaratulMaut

 

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.
Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin.

Friday, 3 October 2008

Sejarah Tercipta...!!! PKR Naik BERHALA ~ ref Malaysiakini

 

2 hari aku offline dan baru tengahari tadi aku sempat online untuk beberapa ketika... masuk CC online bukak google reader dan carik berita menarik...
Aku harap dapat berita hot dari KERA, tau -tau dapat berita hot dari PKR... syabas PKR... untuk kali ke-2 dalam minggu ni hangpa buat gempak... gempak dan "bongok"... parti lain makin hari makin maju kedepan, parti hangpa makin hari makin maju kebelakang.yang terbaru sekali nampak gaya dah nak pi zaman sembah berhala.
Rujuk pada berita ni - Sejarah Tercipta !! - REF MALAYSIAKINI betoi la tu... sejarah tercipta... hangpa memang pandai cipta sejarah... sejarah mangkuk-ayun.sejarah yang memula hangpa cipta ialah berkenaan "sedekah seks"... ni gila babi punya sejarah.belajar agama tinggi sangat sampai kepala otak tak boleh nak pikiaq sedekah dengan habuan... apa punya bangang.
Sejarah yang ke-2 ialah "replika" DSAI, tapi aku lagi suka panggil menatang tu "BERHALA"... sebab apa panggil berhala? sebab dalam Islam tak pernah ajat benda-benda macam tu hatta Nabi dulu pun menentang kewujudan berhala atau pun replika.hangpa ingat DSAI tu "DEWA" ka?
Hari tu hangpa kecoh kata UMNO/BN parti rasuah tup tup orang hangpa sendiri kene cekup pasai rasuah... apa punya turrr...!!?
Hari tu hangpa kecoh kata UMNO/BN parti kaki betina tup tup orang hangpa sendiri mengaku main betina... apa punya turrr...!!!
Hari tu hangpa kecoh kata UMNO/BN parti belit pasai rasuah tup tup orang parti hangpa pun belit jugak siap habaq yang tu "sedekah"... kepala pak dia la oi...
Hari tu hangpa kecoh habaq semua yang jadik kat atas tu "konspirasi" tup tup hari ni hangpa penaik BERHALA tu awat? konspirasi jugak ka?
Aku tak reti apebende yang hangpa cuba nak buat ni? Islamik ka? aku tau la dalam PKR tu bukan 100% ahlinya beragama Islam... tapi hangpa yang Islam kena la habaq dekat yang bukan Islam benda tu HARAM.tak kan tak tau BERHALA/REPLIKA ni HARAM???
Kalau dah tak boleh nak habaq, sekurang-kurangnya jangan la nak involve sekali dalam projek tu... yang paling aku terkejut dan tak boleh terima sekali bila aku tengok nama-nama yang terlibat - Y.B Amiruddin saari (ADUN batu caves), Y.B manikavasagam (MP KAPAR), Y.B Sivarasah (MP SUBANG) dan Y.B William Leong (M.P SELAYANG).
Yang aku hilite kaler merah tu tak sepatutnya terlibat dalam projek HARAM ni... hang tak tau ka benda alah ni BIDAAH?
Aku rasa lagi baik hangpa turunkan balik BERHALA tu sebelum keadaan jadi tambah kusut.
Hangpa kene pi masuk kelas pondok balik la... mengarut apa ni??? nak ajaq anak-anak muda sembah BERHALA DSAI ka?
Cukup la Islam HadHari yang mengelirukan, tak payah buat Islam PKR pulak... Bengong Betoi...!!!

Perisik Rakyat

Thursday, 25 September 2008

MUST SEE THE IMAGES

 

IKE STORM IN TEXAS, AMERICA..... GAMBAR DI AMBIL KETIKA AKU BARU AJE BALIK DARI...... PASAR RAMADHANLAH BUKAN AMERIKA. SEBELUM WAKTU BERBUKA, APA LAGI AKU PUN HADAPLAH LAPTOP DAN ADA SATU EMEL YG MENARIK DIPOSTKAN KAT AKU. RASA INSAF JUGA DAN TERUS TERINGAT SAUDARA KITA YG DITIMPA TSUNAMI DI ACEH. APA PUN KITA DI NEGARA INI MASIH LAGI BERSYUKUR TIDAK DITIMPA MUSIBAH SEPERTI DI LAIN-LAIN NEGARA DI DUNIA INI. WALLAHUALAM.

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur (akan nikmatKu), Aku akan tambah nikmatKu pada mu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah berat"

Firman Allah s.w.t. - Surah Ibrahim, ayat 7.

OMBAK LAUT MENERJAH MASUK KE BANDAR TEXAS

JEJANTAS BERALIH DARI TEMPAT ASAL

SUASANANYA SAMA SEPERTI DI ACEH

PERMUKAAN LAUT SAMA DENGAN DARATAN


MINYAK MELIMPAH KELUAR DARI PERUT BUMI


YG PELIKNYA..KERANDA TURUT TERKELUAR DARI PERUT BUMI

Cendawan MALAYA

Sunday, 21 September 2008

Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati

 

Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati
Dilulus terbit pada Wednesday, December 19 @ 13:28:31 MYT oleh greenboc

Fikir Sejenak Oleh abdinabu
"A
Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH menetapkan Imannya.

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.
Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.
Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.
(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,
Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,
Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.
Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.
Amin Ya Rabbal 'alamin!